kemesraan bersama YB Abdul Wahid Endut(MP K.Terengganu)

kemesraan bersama YB Abdul Wahid Endut(MP K.Terengganu)

nizam adam mencoret kata

Ingatlah sahabat-sahabatku........
Setiap tindakan,kata-kata,tulisan dan apa saja kita lakukan,jangan kita lupa ianya akan dihitung kembali pada satu masa kelak.
Sahabat-sahabatku....
Lakukan apa saja perkara di dunia biarlah di atas landasan kita mengikut apa yang dituntut oleh tuan kita iaitu ALLAH SWT..
Ingatlah sahabat-sahabatku...................................

Friday, March 11, 2011

25 PERKARA MENGENAI AMALAN BERHUTANG


Dalam banyak keadaan, berhutang menjadi amalan yang tidak dapat dielakkan. Samada berhutang dengan rakan sepejabat, rakan serumah, kaum keluarga atau institusi kewangan, manusia memang tidak dapat lari daripada berhutang. Malah ada yang berani berhutang dengan institusi tertentu seperti 'ah long' sehingga akhirnya meletakkan diri dalam keadaan bahaya apabila sukar membayar hutang. Walaupun berhutang itu harus tetapi ada adabnya.


Dengan itu Islam menggariskan empat perkara wajib yang perlu disegerakan iaitu :

1. Menguruskan jenazah
2. Mempercepatkann hidangan untuk tetamu
3. Mengahwinkan anak gadis apabila sudah sampai waktunya.
4. Melangsaikan hutang


Hukum berhutang:
1. Hukum dasarnya adalah harus.
2. Wajib sekiranya ingin memenuhi tuntutan asas.
3. Haram sekiranya digunakan untuk perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Hutang ada kena-mengena dengan keperibadian seorang Muslim atau Muslimah. Rasulullah berpesan, sesiapa yang berhutang dan ada niat untuk membayarnya, maka Allah akan memudahkan niatnya dan begitu juga jika sebaliknya.


Petua membayar hutang:

Imam Tarmizi menceritakan, pernah suatu ketika seorang lelaki bertaraf hamba datang menemui Saidyna Ali meminta petua untuk membolehkannya hidup senang dan merdeka. Saidyna Ali memberitahu, sekiranya mengamalakan satu doa, dia akan dapat membayar hutang walaupun hutang sebesar gunung. Doanya bermaksud begini, "Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezeki-Mu yang halal (sehingga aku terhindar) daripada yang haram. Kayakanlah aku dengan anugerah-Mu (sehingga aku tidak minta) kepada selain Engkau." (Riwayat Tarmizi)


Adab pemberi hutang:

1. Digalakkan membuat surat perjanjian jika melibatkan jumlah yang besar.
2. Memberi tempoh yang wajar untuk pembayaran balik.
3. Jika berkemampuan dan ingin membantu, halalkan sebahagian hutang itu.
4. Memberi hutang berdasarkan kemampuan.
5. Elakkan memberi hutang jika mengetahui wang itu akan digunakan untuk
jalan yang haram.
6. Berterus terang mengenai keperluan diri sendiri.
7. Berdoa agar si peminjam itu murah rezeki dan dilembutkan hati untuk bayar semula.
8. Orang yang amanah tidak akan menceritakan perihal orang meminjam
hutang darinya dengan niat untuk menjatuhkan maruah si peminjam.
9. Ikhlas untuk membantu meringankan beban orang lain


Adab membayar hutang:

1. Bayar hutang sesegera mungkin.
2. Jangan masam muka atau menjadikan si pemberi hutang itu
musuh jika dia menginggatkan kita tentang hutangnya.
3. Habiskan bayar hutang sebelum tamat tempoh
4. Semasa bayar hutang katakan maaf kerana menyusahkan
dan mengucapkan terima kasih.
5. Bayar hutang dengan muka manis dan sopan.
6. Jika ada masalah untuk bayar ikut tempoh perjanjian maka
berterus terang.
7. Jika pemberi hutang meninggal, maka beri pada warisnya.


Orang yang mati wajib juga melangsaikan hutang:

1. Waris si mati harus langsaikan hutang kemudian barulah uruskan kos
pengembumian
2. Si mati yang tidak meninggalkan harta, waris tidak wajib bayarkan tetapi untuk
kebaikan si mati maka bayar adalah lebih baik.
3. Bagi anak yang menggunakan wang sendiri untuk menjelaskan hutang arwah,
maka itu dianggap sedekah.
4. Si pemberi hutang digalakkan menghalalkan hutang itu. Semoga ia akan Allah
memberi rezeki lebih lagi di atas keikhlasannya.


Jelas di sini, Islam sentiasa memudahkan umatnya untuk menguruskan urusan seharian termasuk dalam urusan berhutang. Hanya orang yang bijak dan sentiasa berfikir untuk mencari keredhaan Allah akan menggunakan kemudahan yang yang telah diberikan di dalam Islam terutama di dalam hal berhutang.



Monday, February 21, 2011

10 TANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



Sajak Kisah Manusia (Aku Berkolek)


aku berkolek didada laut
dengan jala jala gelama
kutebarkan sepenuh tenaga
memburu rindu memburu rindu

aku bersajak di tangga pondok
dengan mata mata si pena
ku khabarkan kisah manusia
dipintu maut dipintu maut

aku berkolek dan aku bersajak
dari pantai timur ke kuala selut
mencari penawar turunlah angin selatan
soronglah kolek ku ke perlabuhan kelang..

Saturday, January 8, 2011

TIGA PULUH SATU CARA UNTUK GAGAL

  1. Latar belakang keturunan yang tidak menguntungkan:Hanya sedikit sekali jika ada yang boleh dilakukan untuk orang-orang yang lahir dengan kecacatan pada kekuatan otaknya.Falsafah ini menawarkan hanya satu kaedah untuk menghalang kelemahan tersebut iaitu melalui bantuan kelompok ahli fikir.Walaupun demikian perhatikanlah demi keuntungan anda bahawa ini satu-satunya daripada tiga puluh satu penyebab kegagalan yang mungkin tidak mudah biperbaiki oleh individu yang bersangkutan.
  2. Kurangnya tujuan hidup yang ditetapkan dengan baik: Tidak ada harapan untuk berjaya bagi orang yang tidak memiliki tujuan utama atau sasaran yang pasti untuk dicapai.
  3. Kurangnya cita-cita untuk mencapai sasaran di atas keseluruhan:Realiti tidak menawarkan harapan bagi orang yang tidak peduli atau masa yang sia-sia, orang yang tidak mahu maju dalam hidup dan yang tidak mahu membayar harga kemajuannya.
  4. Pendidikan yang tidak cukup: Ini kekurangan yang boleh diatasi relatif dengan mudah.Pengalaman telah membuktikan bahawa orang yang paling terdidik kerap kali adalah mereka yang dikenali sebagai orang yang 'membentuk diri sendiri' atau mendidik diri sendiri.Diperlukan lebih daripada gelaran sarjana untuk membuat seseorang terdidik.Orang yang berpendidikan adalah orang yang telah belajar bagaimana caranya mendapatkan apa saja yang diinginkan dalam hidup tanpa melanggar hak-hak orang lain.Pendidikan tidak terkandung terlalu banyak pengetahuan, hanya pengetahuan yang diterapkan secara efektif dan dengan tekun.Orang dibayar bukan semata-mata untuk apa yang diketahuinya tetapi lebih khusus lagi untuk apa yang mereka lakukan dengan apa yang diketahui.
  5. Kurangnya disiplin peribadi: Disiplin datang melalui pengendalian diri sendiri.Ini bererti bahawa seseorang boleh mengendalikan semua kualitinya yang negatif.Sebelum anda boleh mengendalikan keadaan, terlebih dulu anda boleh mengendalikan diri sendiri.
  6. Kesihatan yang buruk: Tidak ada orang yang boleh menikmati kejayaan yang menonjol tanpa kesihatan yang baik.Banyak penyebab kesihatan buruk yang merupakan akibat kurangnya penguasaan dan pengendalian diri sendiri.Hal ini adalah:
  • Terlalu banyak makan makanan yang merugikan kesihatan.
  • Kebiasaan pemikiran yang salah, memberikan ekspresi kepada hal-hal yang negatif.
  • Terlalu banyak memanjakan diri dan melakukan penyimpangan di bidang seks.
  • Kurangnya latihan olahraga yang diperlukan.
  • Kurangnya persediaan udara segar, kerana cara bernafas yang kurang bagus.