nizam adam mencoret kata
Ingatlah sahabat-sahabatku........
Setiap tindakan,kata-kata,tulisan dan apa saja kita lakukan,jangan kita lupa ianya akan dihitung kembali pada satu masa kelak.
Sahabat-sahabatku....
Lakukan apa saja perkara di dunia biarlah di atas landasan kita mengikut apa yang dituntut oleh tuan kita iaitu ALLAH SWT..
Ingatlah sahabat-sahabatku...................................
- Latar belakang keturunan yang tidak menguntungkan:Hanya sedikit sekali jika ada yang boleh dilakukan untuk orang-orang yang lahir dengan kecacatan pada kekuatan otaknya.Falsafah ini menawarkan hanya satu kaedah untuk menghalang kelemahan tersebut iaitu melalui bantuan kelompok ahli fikir.Walaupun demikian perhatikanlah demi keuntungan anda bahawa ini satu-satunya daripada tiga puluh satu penyebab kegagalan yang mungkin tidak mudah biperbaiki oleh individu yang bersangkutan.
- Kurangnya tujuan hidup yang ditetapkan dengan baik: Tidak ada harapan untuk berjaya bagi orang yang tidak memiliki tujuan utama atau sasaran yang pasti untuk dicapai.
- Kurangnya cita-cita untuk mencapai sasaran di atas keseluruhan:Realiti tidak menawarkan harapan bagi orang yang tidak peduli atau masa yang sia-sia, orang yang tidak mahu maju dalam hidup dan yang tidak mahu membayar harga kemajuannya.
- Pendidikan yang tidak cukup: Ini kekurangan yang boleh diatasi relatif dengan mudah.Pengalaman telah membuktikan bahawa orang yang paling terdidik kerap kali adalah mereka yang dikenali sebagai orang yang 'membentuk diri sendiri' atau mendidik diri sendiri.Diperlukan lebih daripada gelaran sarjana untuk membuat seseorang terdidik.Orang yang berpendidikan adalah orang yang telah belajar bagaimana caranya mendapatkan apa saja yang diinginkan dalam hidup tanpa melanggar hak-hak orang lain.Pendidikan tidak terkandung terlalu banyak pengetahuan, hanya pengetahuan yang diterapkan secara efektif dan dengan tekun.Orang dibayar bukan semata-mata untuk apa yang diketahuinya tetapi lebih khusus lagi untuk apa yang mereka lakukan dengan apa yang diketahui.
- Kurangnya disiplin peribadi: Disiplin datang melalui pengendalian diri sendiri.Ini bererti bahawa seseorang boleh mengendalikan semua kualitinya yang negatif.Sebelum anda boleh mengendalikan keadaan, terlebih dulu anda boleh mengendalikan diri sendiri.
- Kesihatan yang buruk: Tidak ada orang yang boleh menikmati kejayaan yang menonjol tanpa kesihatan yang baik.Banyak penyebab kesihatan buruk yang merupakan akibat kurangnya penguasaan dan pengendalian diri sendiri.Hal ini adalah:
- Terlalu banyak makan makanan yang merugikan kesihatan.
- Kebiasaan pemikiran yang salah, memberikan ekspresi kepada hal-hal yang negatif.
- Terlalu banyak memanjakan diri dan melakukan penyimpangan di bidang seks.
- Kurangnya latihan olahraga yang diperlukan.
- Kurangnya persediaan udara segar, kerana cara bernafas yang kurang bagus.