kemesraan bersama YB Abdul Wahid Endut(MP K.Terengganu)

kemesraan bersama YB Abdul Wahid Endut(MP K.Terengganu)

nizam adam mencoret kata

Ingatlah sahabat-sahabatku........
Setiap tindakan,kata-kata,tulisan dan apa saja kita lakukan,jangan kita lupa ianya akan dihitung kembali pada satu masa kelak.
Sahabat-sahabatku....
Lakukan apa saja perkara di dunia biarlah di atas landasan kita mengikut apa yang dituntut oleh tuan kita iaitu ALLAH SWT..
Ingatlah sahabat-sahabatku...................................

Wednesday, April 8, 2009

Mengharap sinar perubahan dari kepimpinan baru

Mengharap sinar dari tampuk kepimpinan baru Malaysia

Pada tanggal 04 April 2009 berlakunya satu peristiwa penting dan cukup bersejarah bagi negara kita Malaysia. Malaysia sekali lagi mengalami proses transisi kepimpinan negara. PM baru(Datuk Seri Najib Razak) telah mengambil alih teraju kepimpinan dari mantan PM,Tun Abdullah Ahmad Badawi. Transisi ini sebenarnya telah melengkapkan apa yang dipanggil teori RAHMAN yang bermula dari Tunku Abdul Rahman dan akhirnya kepada Najib Razak. Perubahan pucuk pimpinan tertinggi negara ini berlaku dalam suasana yang tidak menentu di seluruh dunia lantaran kegawatan ekonomi dunia yang menggawatkan hampir seluruh negara di dunia ini yang mana Malaysia turut merasai tempiasnya. Juga ditambah lagi transisi ini berlaku dalam suasana politik Malaysia yang digambarkan sedang menuju ke arah sistem dwi parti sesuai dengan kematangan demokrasi Malaysia yang sudah mencecah usia lebih dari 50 tahun sejak pilihanraya umum pertama yang dilaksanakan pada tahun 1955. Juga menambahkan episod bersejarah ini adalah faktor yang menyelubungi peribadi Najib Razak yang dikatakan diselubungi dengan isu yang berpunca dari seorang model Mongolia, Altantuya Shaaribuv. Ditambah lagi beberapa isu yang ditimbulkan oleh kalangan pengamal politik apa yang dipanggil komisen kapal selam dan beberapa isu panas yang sehingga ke saat ini masih belum dirungkai oleh sesiapa lantaran kekangan yang dikatakan berlaku terhadap sistem kehakiman negara.

Elok bagi kita untuk cuba melarikan diri dari berfikir dari sudut politik dan meletakkan penghakiman kita dari sudut pandang yang baru. Juga wajar bagi kita untuk cuba menganalisis apa yang cuba dilontarkan oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia(PAS) berkenaan idea kewujudan 'unity goverment' atau istilah yang dipanggil 'kerajaan perpaduan'. Sesungguhnya negara kita telah terlalu banyak diserabutkan dengan permainan politik yang kadang kala dianggap menjijikkan dengan mentafsirkan perlembagaan dari sudut pandang politik kepartian. Ditambah dengan pemahaman yang cetek terhadap nilai-nilai islam yang terlalu cetek kefahaman ataupun sengaja mentafsirkan agama dari pandangan peribadi tanpa bersumberkan dari perkara yang nas. Pergaduhan politik yang telah menjalar di kalangan golongan politik negara hari ini telah menjadi satu perasaan dendam dan kebencian yang lebih didasarkan kepada gejolak hawa nafsu dan perasaan yang merasakan diri sendiri lebih sempurna dari orang lain.

Sewajarnya dalam suasana yang tidak menentu ini, elok bagi semua pihak yang berkepentingan untuk duduk semeja dan melupakan sejarah silam yang menjadi titik perbezaan pendapat dan cuba untuk merungkai masalah yang berlaku ini dengan merujuk kembali pada penyelesaian Islam yang adil. Seeloknya PM baru menerapkan pemikiran politik baru yang lebih adil sesuai dengan kematangan demokrasi Malaysia yang sudah lebih separuh abad. Juga sewajarnya dianalisis dengan mendalam faktor-faktor yang menjunamkan ekonomi dunia hari ini yang dikatakan berpunca dari sistem riba yang menyebabkan berlakunya krisis subprima seperti yang terjadi pada gergasi bank Amerika Lehman Brothers dan banyak lagi gergasi kewangan lain yang secara jelas mengamalkan riba yang akhirnya mengjahanamkan ekonomi dunia. Telah jelas kepada kita, dasar penindasan ekonomi yang dipaksikan dari kewujudan sistem riba akhirnya mengjahanamkan pengamal ekonomi riba ini.

Di atas semua faktor inilah, seeloknya kita semua bermuhasabah dan kembali mencari penyelesaian menurut prinsip Islam sebelum Allah mendatangkan bala yang tidak lagi berkesempatan untuk kita memperbetulkannya. Ingatlah,PRU12 hampir menumbangkan keperkasaan politik BN di Malaysia ini. Elok diperbetulkan kebobrokan ini sebelum rakyat mula sedar dan cerdik untuk menilai mane yang Hak dan mana yang BAtil..........Wallahua'lam......

No comments:

Post a Comment